Di mata ramai
rahsia hakiki berselubung
di hati yang mendung
cahaya tak sampai
terlalu sedikit
yang dapat melihat
bintang pilihan gemerlap
di celah bimasakti malap
bukan dengan fikiran
yang diraut tajam
tidak dengan kata-kata
yang berinti bijaksana
apabila hijap sudah tersingkap
nampak semua di sebalik nyata
kudrat-Nya menawan puncak
iradat-Nya menguasai segala
Abizai
Miri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
akm, jenal sakit mata tengok blog u, warna x kontras, apapun tkasih kerana blog u ada kemajuan. salam maal hijrah.
Catat Ulasan