Isnin, Januari 19, 2009

KELAWAR BERTUKAR

Kawanan kelawar telah keluar
dari gua dendam
berlegar-legar dan hinggap di lembah gaza
kemaruk darah merah kaum palestina
yang dihisap penuh selera
dirangsang aroma kekejaman bangsa

kelawar tidak pernah memilih mangsa
warga tua yang tak terdaya
anak-anak yang ingin dimanja
atau lemah-lembut seorang wanita

di daerah gaza yang terbakar
kelawar telah bertukar
menjadi drakula
hantu yang paling hina
di muka dunia.

Abizai
Miri, Sarawak.
Januari 2009.

4 ulasan:

TUNTUNG LANG berkata...

Salam Abang. Apa cerita PUTERA kenek tok. Kamek baru dapat mengesan blog ktk.Sekian. Terima kasih. Frankie.

PUTERA Miri berkata...

Tahun tok PUTERA akan sambut ulangtahunnya yg ke 30. Kita akan terbitkan antologi puisi,minta sumbangan puisi teman-teman.

Penabahari berkata...

simpati buat warga Palestina. Semoga berada di bawah lindungan Allah jua.

Abizai berkata...

Terima kasih kerana melawati blog kmk. Moga langit palestina tak lagi merah warnanya. Amin.